
Sabda  Nabi, "Mahukah aku beritahu kamu tentang amal yang paling bersih di  sisi Tuhanmu dan paling tinggi mengangkat darjatmu, dan lebih baik  bagimu dari berperang melawan musuh, kamu memenggal leher mereka dan  mereka pun memenggal leher kamu?" Para Sahabat menjawab, "Khabarkan  kepada kami." Rasulullah S.A.W. pun bersabda, "Zikir (ingat) kepada  Allah". (HR Hadis At-Tirmizi dan Ibnu Majah)
Firman  Allah, "Maka apabila kamu telah menyelesaikan solatmu, ingatlah Allah  di masa berdiri, di masa duduk dan di masa berbaring." (An-Nisa' 103)
Firman  Allah, "Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah dengan menyebut nama  Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya di  waktu pagi dan petang." (Al-Ahzab 41-42)
Allah  berfirman yang bermaksud: "Iaitu orang yang beriman dan hati mereka  menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan  mengingati Allah hati akan menjadi tenteram." (Surah ar-Ra'd, ayat 28)
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan