"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila  di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah,  apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan  sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka  permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap  rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka,  dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan  sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah  kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan  jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta,  sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".
 
 

 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan