Waktu Solat

IKLANEKA...JUST KLIK

Pengunjung FaceBook

Join la blog saya

Khamis, 8 Disember 2011

Tangga Gaji | Sifir Gaji | Pekeliling JPA

Assalamualaikum.....

Sambungan dari entri  sebelum ini. Group PREMIER mata gaji (JPA) cuma ada min n max, untuk PGT (maafkan saya kalau sy salah tafsir maksud JPA,PGT akan dinilai oleh LNPT dan berkuatkuasa kepada penjawat awam dari post PnP [yang ni saya confius,melibatkan PnP sahaja atau semua struktur skim perkhidmatan awam])
Markah penilaian akan menentukan kenaikan gaji penjawat awam, secara kasar akan di nilai seperti dibawah:-
a. Markah 95% keatas – kenaikan gaji adalah 15 %
b. Markah 85%-95% – kenaikan gaji adalah 8%
c. Markah 75 % – tiada kenaikan
d. Markah 70 % – di syorkan tamat perkhidmatan


Bayangkan gaji RM 3K, dapat LNPT 95% : 3K x 15% = KENAIKAN
Berkemungkinan budaya bodek membodek akan ketara., kita tengoklah nanti macam mana.
Istilah yang ini digunapakai untuk PELAKSANA (Kump.Sokongan I & II) saya tidak tahu adakah terlibat sama..jika tidak tergolong dalam kumpulan yg PGT dinilai berasas LNPT ini. Maka MUNGKIN PGT kita akan naik seperti biasa (kadar baru SBPA).
250X250 Tangga Gaji | Sifir Gaji | Pekeliling JPA

Sifir ini untuk PGT SBPA, tak tahu akan digunapakai atau tidak:
GRED 1-16 = RM80
GRED 17-26 = RM120
GRED 27-40 = RM160
GRED 41-48 = RM220
GRED 52-54 = RM260
GRED JUSA A,B,C = RM320

Pada hemah saya kemungkinan itu ada..sebab gaji yang JPA tunjuk untuk gred N17 adalah increment sebanyak RM135. 

Jadi, kita tunggu pekeliling JPA yang dijangka keluar pada 5 Disember 2011. So,harap yang jaga server JPA dan Kementerian berjaga-jaga.

p/s: Apa pendapat anda?

coretan dari...http://www.isupanas.com/2011/11/tangga-gaji-sifir-gaji-pekeliling-jpa/

Rabu, 7 Disember 2011

Rekreasi Minda Matematik

السلام عليكم

bukan sekadar rekreasi riadah..

tetapi rekreasi minda..


minta seorang kawan tuliskan sebarang nombor dua digit & suruh beliau lakukan operasi - operasi matematik berikut ;

> darabkan digit Pu dengan dua
> tambahkan sebanyak satu
> darabkan pula dengan lima dan
> tambahkan digit Sa


CONTOH : katakan nombor pilihan ialah 89.

> 8 x 2 : 16
> 16 + 1 : 17
> 17 x 5 : 85
> 85 + 9 : 94

minta diberitahu hasil terakhir proses kepada kita & insya-Allah, kita akan dapat meneka nombor pilihan awal tadi.

HURAIAN PENYELESAIAN

apabila dimaklumkan hasil terakhir operasi itu ialah 94, dalam contoh ini, kita dengan secara spontan menolakkan daripada nombor itu sebanyak 5 (nombor rahsia) :

94 - 5 = 89


nota dari sayaseekorarnab ;
gunakan ia sebagai suatu rekreasi yang boleh mempertingkatkan minat, keseronokan dan motivasi untuk mendekati matematik.

dapatan dari...sayaseekorarnab....

Selasa, 15 November 2011

Strategi PNP Matematik

Pengajaran dan pembelajaran dalam matematik berbeza dengan mata pelajaran lain. Di samping kemahiran mengira yang melibatkan daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi, ianya juga memerlukan kefahaman sesuatu konsep dengan tepat dan menyeluruh (NCTM, 1980; Cockroft, 1986; Nik Azis, 1992; Tg. Zawawi, 1997a). Setiap pendidik matematik mestilah bertanggungjawab untuk memiliki dan mengekalkan ketrampilan (competence) dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira keperluan dan tahap pencapaian para pelajar (NCTM, 1980).
 Teacher must be sensitive to the needs of their students and dedicated themselves to the improvement of student learning as their primary professional objective
(NCTM, 1980: 25)
Pengajaran matematik yang berkesan akan melibatkan beberapa kemahiran, antaranya:
  • Perancangan mengajar
  • Pelaksanaan pengajaran
  • Penyediaan latihan yang berterusan dan pelbagai
  • Pengayaan dan pemulihan
  • Menilai kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran
  • Pengurusan bilik darjah
  • Penilaian terhadap bahan dan kurikulum matematik

Perancangan pengajaran dalam matematik
Setiap pendidik matematik amat memerlukan pengetahuan dan kemahiran dalam menyampaikan sesuatu isi pelajaran kepada anak didiknya. Amat jarang kedapatan di kalangan guru-guru yang dapat mengajar secara berkesan, jelas, tanpa sebarang gangguan dengan hanya berbekalkan kebolehan semula jadi (D' Augustine, 1973 ). Pengajaran matematik yang berkesan perlu memenuhi beberapa langkah penting seperti berikut :
  • Penelitian terhadap konsep-konsep asas yang terlibat dalam sesuatu topik
  • Mengenalpasti serta menyenaraikan objektif pengajaran dan pembelajaran secara eksplisit
  • Mengenalpasti kemahiran prasyarat yang diperlukan bagi sesuatu topik dan skim matematik yang sedia ada dalam minda pelajar.
  • Memilih kaedah dan alat bantu mengajar yang sesuai untuk mengembangkan sesuatu konsep
  • Mempertimbang dan menyediakan aktiviti latihan untuk menguasai sesuatu kemahiran khususnya dalam penyelesaian masalah.
  • Mempertimbangkan kaedah serta instrumen untuk menilai keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
  • Melatih dan meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis di kalangan pelajar.
  • Menerapkan nilai-nilai murni dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti luar kelas.
Selepas kita mengetahui topik serta konsep-konsep yang berkaitan untuk di ajar, kita perlu menyenaraikan objektif tingkah laku yang bakal dipamirkan oleh setiap murid apabila mereka benar-benar memahami atau menguasai isi pelajaran yang telah disampaikan. Tingkah laku yang dipamirkan ini juga akan menunjukkan tahap kefahaman pelajar. Sebagai contoh, katakan kita ingin mengetahui sama ada pelajar memahami konsep segitiga. Kita boleh melibatkan beberapa objektif tingkahlaku yang boleh menjadi bukti bahawa pelajar telah memahami konsep segitiga, antaranya :
  • Melukis segitiga : Pelajar sepatutnya dapat melukis sebuah segitiga di atas se keping kertas dengan menggunakan pensel dan pembaris.
  • Memilih bentuk : Pelajar sepatutnya dapat memilih bentuk segitiga daripada set pelbagai bentuk yang dipamirkan kepada mereka.
  • Menyatakan definisi : Pelajar dapat menyatakan definisi segitiga dengan tepat sama ada secara lisan atau bertulis.
Sesuatu objektif biasanya ditentukan bagi sesuatu tempoh pengajaran, sama ada untuk satu masa atau dua masa, bergantung kepada isi pelajaran dan peruntukan masa mengajar. Pemilihan objektif tidak hanya menentukan tahap kefahaman seseorang pelajar, malah ia juga akan menentukan kaedah dan alatan yang sesuai digunakan. Sebagai contoh, katakan objektif yang dipilih berbunyi : " murid dapat menambah dua nombor satu digit dengan satu digit ". Jika tajuk berkenaan baru mula diajar, guru perlu menyediakan aktiviti untuk membimbing murid memahami konsep ' pengumpulan ' atau ' penyatuan ' antara dua set benda. Pengajaran bermula dengan aktiviti konkrit di mana para pelajar akan terlibat secara aktif, memanupulasi bahan-bahan maujud dan berakhir dengan proses pengabstrakan. Setelah murid memahami konsep penambahan, mereka seterusnya akan dibimbing untuk menguasai fakta asas tambah. Aktiviti untuk penguasaan kemahiran tidak banyak melibatkan manipulasi bahan maujud berbanding dengan aktiviti semasa penguasaan konsep.
Setelah mengenalpasti objektif pengajaran dan pembelajaran, para guru perlu menyenaraikan pengetahuan dan kemahiran sedia ada yang perlu dikuasai oleh setiap murid. Pengajaran sebaiknya bermula dengan mengingat semula pengetahuan sedia ada membuat pengukuhan jika perlu. Kemahiran dalam matematik bersifat heirarki dan berkesinambungan (Ngean, 1984). Kegagalan menguasai konsep dan kemahiran awal, akan menyebabkan kesukaran dalam pembelajaran kemahiran berikutnya.
Perancangan seterusnya ialah menentukan teknik atau kaedah yang paling sesuai untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Semua teknik atau kaedah adalah baik dan sesuai selagi mana ianya dapat membantu pelajar mencapai objektif yang digariskan ( Shaharir, 1984).

Pelaksanaan pengajaran dalam matematik
Pendidik matematik yang berjaya mestilah mampu untuk :
  • mengurus bilik darjah dengan berkesan tanpa gangguan yang boleh mencacatkan proses pengajaran dan pembelajaran
  • menggalakkan penglibatan aktif di kalangan pelajar sama ada semasa pengembangan konsep atau dalam aktiviti penyelesaian masalah.
  • mengatasi kelemahan dan masalah yang dihadapi oleh pelajar ( masalah pembelajaran, emosi, fizikal, disiplin dan sebagainya )
  • menggunakan konsep matematik dengan tepat, sesuai dengan tahap pencapaian pelajar
  • mengubahsuai gaya serta teknik pengajaran kepada kumpulan pelajar yang berbeza dari segi tahap pencapaian dan minat terhadap matematik
  • menjadikan kesalahan dan kesilapan pelajar sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran agar pelajar merasa bebas, tidak tertekan serta berani menjawab dan mengemukakan sebarang pandangan dan kemusykilan
  • memberi motivasi kepada pelajar agar mereka mempunyai minat dan semangat untuk mempelajari matematik
  • mengembang sikap positif pelajar terhadap matematik serta menghayatinya dalam kehidupan seharian
  • mengenalpasti teknik pengajaran terbaik yang mampu mencapai objektif yang digariskan.
  • menjadikan pembelajaran matematik lebih mudah dan menyeronokkan.

Isnin, 31 Oktober 2011

Sifir Cara Mudah


Ramai yang sedia maklum akan kegunaan sifir serba guna ini.
Ada juga yang berpendapat sifir hanya boleh digunakan untuk beberapa topik sahaja.
Namun begitu sifir juga sebenarnya adalah gabungan dari beberapa kemahiran lain.
Sebagai contoh, untuk mendapatkan sifir 2, kita perlu menambah 2 secara berulang-ulang untuk menghasilkan sifir tersebut. Begitu juga sifir-sifir yang lain.

Namun begitu untuk memantapkan penghasilan sifir ini memerlukan latihan dari masa ke semasa.
Oleh itu sebagai latihan kepada murid-murid, sila hasilkan sifir serba guna ini dengan masa terpantas.
insya-Allah, apabila anda telah mahir membina sifir ini, harapan untuk menjawab soalan-soalan darab dan bahagi amat cerah.

Rabu, 26 Oktober 2011

Penduduk Dunia Mencecah 15 bilion

Penghuni dunia cecah 15 bilion


Bumi kini hadapi masalah penduduk, suhu

NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran penduduk dunia akan mencecah 15 bilion orang menjelang akhir abad ini, menyebabkan tekanan berat kepada sumber planet Bumi,

kecuali tindakan segera diambil untuk mengawal kadar pertumbuhan.
Perangkaan itu berkemungkinan mengejutkan ramai pakar kerana ia jauh lebih tinggi berbanding yang dianggarkan.

Terdahulu, PBB menganggarkan dunia akan memiliki 10 bilion penduduk menjelang akhir abad ini, manakala ketika ini hampir tujuh bilion orang menghuni dunia.

Perangkaan baru itu dinyatakan dalam kajian oleh Dana Kependudukan PBB (UNFPA) yang akan disiarkan minggu ini. Laporan bertajuk ‘Kedudukan Penduduk Dunia 2011,’ dihimpun untuk menandakan bahawa di mana-mana saja di muka Bumi, bayi yang dilahirkan akan menjadikan penduduk dunia melebihi tujuh bilion.

Sebahagian pakar memberi reaksi terkejut dengan perangkaan itu. Pengerusi Population Matters, Roger Martin, yang berkempen untuk mengawal penduduk, berkata Bumi memasuki fasa baru yang bahaya.

“Planet kita menghadapi masalah dari semua aspek termasuki pertumbuhan penduduk dan perubahan suhu. Planet sebenarnya tidak menampung tujuh bilion penduduk,” katanya.
Bumi mempunyai dua kali ganda penduduk sejak tahun 1960-an, disebabkan kadar kelahiran tinggi di Afrika, Asia dan Amerika Latin.

Sebahagian lagi masih ragu-ragu dengan fakta bahawa penduduk dunia akan mencecah 15 bilion dengan kadar segera. Penulis Population Bomb, Profesor Jack Goldstone, dari Universiti George Mason, berkata beliau yakin pemimpin dunia akan mengambil tindakan tertentu untuk memastikan penduduk dunia dapat dikurangkan.

“Cara mengurangkan bilangan kanak-kanak dalam keluarga tersebar ke seluruh dunia,” katanya sambil menambah 10 hingga 12 bilion penduduk menjelang 2100.

Ramai pakar dasar percaya kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) mempunyai cara mengehad dan mengawal penduduk dunia. Kunci utama, kata mereka ialah memastikan perancangan keluarga yang berkesan disampaikan ke seluruh negara membangun.

“Apa yang amat kritikal ialah komitmen kerajaan. Perancangan keluarga sebenarnya tidak mahal,” kata Naib Presiden Majlis Kependudukan beribu pejabat di New York, John Bongaarts.

Bagaimanapun, aktivis isu perancangan keluarga berdepan faktor budaya dan agama yang menjadikan usaha mendidik wanita dan mengurangkan saiz keluarga sukar. – Agensi

10 pintu syaitan di alam nyata

10 pintu syaitan di alam nyata
 
 
 
Pintu-pintu tersebut tidak boleh terbuka kecuali jika seseorang mengetahui pintu-pintu tadi. Syaitan tidak boleh terusir dari pintu tersebut kecuali jika seseorang mengetahui cara syaitan memasukinya.
Cara syaitan untuk masuk dan apa saja pintu-pintu tadi adalah sifat seorang hamba dan jumlahnya amatlah banyak.

Pada masa ini kami akan menunjukkan pintu-pintu tersebut yang merupakan pintu terbesar yang setan biasa memasukinya. Semoga Allah memberikan kita pemahaman dalam permasalah ini.

Pintu pertama:
Ini adalah pintu terbesar yang akan dimasuki syaitan iaitu hasad (dengki) dan tamak. Jika seseorang begitu tamak pada sesuatu, ketamakan tersebut akan membutakan, membuat tuli dan menggelapkan cahaya kebenaran, sehingga orang seperti ini tidak lagi mengenal jalan baik atau buruk.

Begitu pula jika seseorang memiliki sifat hasad, syaitan akan menghias-hiasi sesuatu seolah-olah menjadi baik sehingga disukai oleh syahwat padahal hal tersebut adalah sesuatu yang mungkar.

Pintu kedua:
Iaitu marah. Ketahuilah, marah dapat merosak akal. Jika akal lemah, pada masa itulah tentara syaitan akan melakukan serangan. Mereka akan mentertawakan manusia jika manusia terbawa amarah. Pada keadaan kita seperti ini, segeralah berwudhu kerana marah terjadi akibat hembusan api jahanam, padamkan dengan air wudhu.
 
Pintu ketiga:
Iaitu sangat suka menghias-hiasi tempat tinggal, pakaian dan segala perabot yang ada. Orang seperti ini sungguh akan sangat rugi kerana umurnya hanya dihabiskan untuk tujuan ini.

Pintu keempat:
Iaitu kenyang kerana telah makan banyak makanan. Keadaan seperti ini akan menguatkan syahwat dan melemahkan untuk melakukan ketaatan pada Allah. Kerugian lainnya akan dia dapatkan nanti di akhirat.

Pintu kelima:
Iaitu tamak pada orang lain. Jika seseorang memiliki sifat seperti ini, maka dia akan berlebih-lebihan memuji orang tersebut padahal orang itu tidak memiliki sifat seperti yang ada pada pujiannya.

Akhirnya, dia akan mencari muka di hadapannya, tidak mahu memerintahkan orang yang disanjung tadi pada kebajikan dan tidak mahu melarangnya dari kemungkaran.
 
Pinta keenam:
Iaitu sifat selalu tergesa-gesa dan tidak mahu bersabar untuk perlahan-lahan. Padahal terdapat sebuah hadits dari Anas, di mana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Sifat perlahan-lahan (sabar) berasal dari Allah. Sedangkan sifat ingin tergesa-gesa itu berasal dari syaitan.” (Hadits ini diriwayatkan oleh Abu Ya’la dalam musnadnya dan Baihaqi dalam Sunanul Qubro. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shoghir mengatakan bahwa hadits ini hasan)

Pintu ketujuh:
Iaitu cinta harta. Sifat seperti ini akan membuat berusaha mencari harta bagaimana pun caranya. Sifat ini akan membuat seseorang menjadi bakhil (kedekut), takut miskin dan tidak mahu melakukan kewajiban yang berkaitan dengan harta.

Pintu kelapan:
Iaitu mengajak orang awam supaya ta’ashub (fanatik) pada madzhab atau golongan tertentu, tidak mahu beramal selain dari yang diajarkan dalam madzhab atau golongannya.

Pintu kesembilan:
Iaitu mengajak orang awam untuk memikirkan hakIkat (kaifiyah) dzat dan sifat Allah yang sukar dicapai oleh akal mereka sehingga menjadikan mereka menjadi ragu dalam masalah paling penting dalam agama ini iaitu masalah aqidah.

Pintu kesepuluh:
Iaitu selalu berburuk sangka terhadap muslim lainnya. Jika seseorang selalu berburuk sangka (bersu’uzhon) pada muslim lainnya, pasti dia akan selalu merendahkannya dan selalu merasa lebih baik darinya.

Seharusnya seorang mukmin selalu mencari udzur dari saudaranya. Berbeza dengan orang munafik yang selalu mencari-cari ‘aib orang lain.

Semoga kita dapat mengetahui pintu-pintu ini dan semoga kita diberi taufik oleh Allah untuk menjauhinya.

http://36ohk6dgmcd1n.yom.mail.yahoo.net/om/api/1.0/openmail.app.invoke/36ohk6dgmcd1n/6/1.0.35/my/en-MY/view.html

http://36ohk6dgmcd1n.yom.mail.yahoo.net/om/api/1.0/openmail.app.invoke/36ohk6dgmcd1n/6/1.0.35/my/en-MY/view.html

Allah says: "Alîf Lâm Mîm" [Sûrah al-Baqarah: 1]

Initial, disjoined letters introduce 29 chapters of the Qur'ân. Different chapters begin with different letters: Alîf Lâm Mîm... Kâf Hâ Yâ... `Ayn Sâd... Tâ Sîn Mîm... among other combinations. People often wonder about their meaning. In truth, we cannot ascribe any particular meaning to these letters. Any particular meaning that these letters might have is known only to Allah. Ibn Kathîr, in his Tafsîr, informs us that Abu Bakr, `Umar, `Uthman, `Ali and Ibn Mas`ud all said that "the disjoined letters in the beginning of some chapters are among those things about which Allah has reserved knowledge to Himself."

However, this does not imply that these letters are meaningless or that they do not serve a clear and discernable function for those who read and listen to the Qur'ân. There is a general meaning that can be understood from all of the letters. These letters serve to highlight the literary nature of the Qur'ân.

Ibn Jarîr al-Tabarî, in his Tafsîr, gives us a survey of what early scholars of the Arabic language have explained about this stylistic device.

Some language scholars state that these are letters of the alphabet and that Allah suffices with them for the entire alphabet of twenty-eight letters...

Others say that the chapters begin this way in order to draw the attention of the polytheists – who had called each other to ignore the Qur'ân – so that when their attention was gotten, they would listen to what was understandable.

Others say these letters are a means of introducing the chapters. Allah begins his discourse by using them.

If one were to argue that this implies that the Qur'ân contains meaningless words, they explain that this is not the case. The meaning here is that the discourse is starting, so it is known that a new chapter is beginning and the previous one has ended. It serves to distinguish between speech acts. This is something known in the speech of the Arabs.

Introducing a speech with disjoined letters as a stylistic means for beginning an eloquent discourse was not strange to the people at the time that the Qur’ân was revealed. This is why the unbelievers in Mecca never made an issue out of these letters, though they would go to great pains to find whatever they could to criticize Islam.

The mention of disjoined alphabet letters introduces to the listeners the idea that what follows is constructed from mere letters and words. This literary device is used to precede a discourse of literary eloquence. The one who introduces his discourse in this way is emphasizing that he is going to bring forth a feat of great eloquence from such simple materials.

We find that the Qur’ân often uses this stylistic device when it begins chapters in which it refers to itself. “Alîf Lâm Mîm... This is the Book in which there is no doubt.” [Sûrah al-Baqarah: 1-2]

Alîf Lâm Mîm... Allah! There is no god but He,-the Living, the Self-Subsisting, Eternal. It is He Who sent down to thee, in truth, the Book, confirming what went before it; and He sent down the Torah and the Gospel before this, as a guide to mankind, and He sent down the criterion (of judgment between right and wrong).” [Sûrah Âl `Imrân: 1-3]

Alîf Lâm Mîm Sâd... A Book revealed unto thee,- So let thy heart be oppressed no more by any difficulty on that account,- that with it thou might warn (the erring) and teach the believers. [Sûrah al-A`râf: 1-2]

Alîf Lâm Râ... These are the verses of the Book of Wisdom.” [Sûrah Yûnus: 1]

Alîf Lâm Râ... (This is) a Book, whose verses are made decisive, then are they made plain, from the Wise, All-aware.” [Sûrah Hûd: 1]

Alîf Lâm Râ... These are the verses of the Book that makes (things) manifest.” [Sûrah Yûsuf: 1]

Alîf Lâm Mîm Râ... These are the verses of the Book; and that which is revealed to you from your Lord is the truth, but most people do not believe.” [Sûrah al-Ra`d: 1]

Alîf Lâm Râ... A Book which We have revealed unto thee, in order that you might lead mankind out of the depths of darkness into light - by the leave of their Lord - to the Way of (Him) the Exalted in power, worthy of all praise!” [Sûrah Ibrâhîm: 1]

Alîf Lâm Râ... These are the verses of the Book and (of) a Quran that makes (things) clear.” [Sûrah al-Hijr: 1]

Kâf Hâ Yâ `Ayn Sâd... (This is) a recital of the mercy of your Lord to His servant Zachariah.” [Sûrah Maryam 1-2]

Tâ Hâ...We have not sent down the Qur'an to thee to be (an occasion) for thy distress, but only as an admonition to those who fear (Allah) – a revelation from Him Who created the earth and the heavens on high.” [Sûrah Tâ Hâ: 1-4]

Tâ Sîn Mîm... These are verses of the Book that makes (things) clear.” [Sûrah al-Shu`arâ’: 1-2]

Tâ Sîn Mîm... These are Verses of the Book that makes (things) clear. [Sûrah al-Qasas: 1-2]

This should give us a feeling of how this stylistic device is used. The Qur’ân also uses this device on occasion to introduce chapters where it does not directly refer to itself, but goes straight into making its exposition. Even in these cases, however, the use of these letters is a reference to the nature of the Qur’ân as a literary entity. The device essentially foregrounds the linguistic nature of the message being imparted.

Some Muslims began speculating as to why certain letters are used to introduce certain chapters and other letters to introduce others. This is needless speculation, since it does not bear upon the fundamental purpose or meaning of the literary device itself. We should leave to Allah the knowledge of why He chooses certain letters over others in various chapters.

A problem arose in the Muslim world when some people began reading cryptic meanings into the letters. This led scholars of those generations to re-emphasize the fact that we do not know the “meaning” of these letters and must not try to concoct baseless interpretations. Such statements should never be understood to mean that these letters are meaningless and serve no function. The statements of those scholars merely warns against supplying specific interpretations to the letters, when we have no basis or authority for doing so.

Of course, there may be aspects to the wisdom behind these opening letters other than the one we have mentioned here. However, aside from their clear and apparent literary function, we need to be cautious about speculating on what these letters mean.

Ibn Kathîr gives us good advice when he says:
If we find an authentic narration leading to the Prophet (peace be upon him) that explains these letters, we will embrace the Prophet's statement. Otherwise, we will stop where we were made to stop and will proclaim:

"We believe in it. All of it is from our Lord." [Sûrah Âl `Imrân: 7]

The scholars did not concur on a single opinion or explanation on this topic. Therefore, whoever thinks that one scholar's opinion is correct, he can follow it; otherwise it is better to refrain from making any judgment on this matter.
And Allah knows best.

Jumaat, 21 Oktober 2011

Cadangan Serap 30,000 Guru KAFA Ke Jawatan Tetap

Posted: 19 Oct 2011 08:38 PM PDT
22 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Kerajaan diharap dapat mempertimbangkan untuk menyerap kira-kira 30,000 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) ke jawatan tetap bagi menjamin masa depan dan kerjaya yang lebih baik dalam profesion perguruan.

Datuk Md Sirat Abu (BN-Bukit Katil) berkata menerusi penyerapan ke jawatan tetap, kebajikan guru KAFA akan lebih terbela di samping memberi pengiktirafan kepada sumbangan mereka dalam pendidikan agama kepada kanak-kanak.

"Guru KAFA adalah warga pendidik yang memainkan peranan besar dalam pendidikan Islam di negara ini.

"Tugas mereka sangat mulia dalam melahirkan generasi cemerlang ilmu dunia dan akhirat, disamping membentuk akidah dan sahsiah murid-murid dalam membentuk modal insan," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012.

Beliau berkata kebajikan guru KAFA perlu diberi perhatian agar mereka mendapat kemudahan setaraf dengan guru-guru sekolah dibawah Kementerian Pelajaran.

Pada masa kini, guru KAFA berkhidmat menerusi ikatan kontrak dan mereka tidak layak mendapat faedah seperti mana penjawat awam yang mendapat kemudahan perubatan dan pinjaman perumahan.

Persidangan Dewan bersambung pada Khamis.-BERNAMA

Ilmu pengasih asap rokok

Posted: 19 Oct 2011 11:33 PM PDT
22 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

JOHOR BAHRU: “Din mengamalkan ilmu pengasih menggunakan asap rokok dan bagi menjadikannya lebih mujarab, ia perlu dihembus kepada mangsa di hentian bas,” kata seorang guru sebuah sekolah di bandar raya ini yang mendakwa menjadi mangsa kasanova berjari 17 dikenali sebagai ‘Din Kudung’, semalam.

Mangsa mahu dikenali sebagai Siti, 32, berkata, melalui pengalaman dan cerita mangsa lain, semua perkenalan mereka dengan Din Kudung bermula sama ada di Terminal Pengangkutan dan Pasar Awam Larkin mahupun hentian bas lain.

Menurut Siti, pertemuan pertama dengan Din Kudung serta pengalaman mangsa lain membuktikan lagi telahan lelaki terbabit akan bertindak menghembus asap rokok ke muka mereka.

“Saya berkenalan dengan Din Kudung menerusi panggilan telefon dibuatnya pada awal September 2010 sebelum kami bertemu di hentian bas berhampiran sekolah tempat saya mengajar,” katanya.

“Kali pertama bertemu, Din Kudung banyak bercerita berkaitan diri saya seperti kehidupan peribadi serta mata pelajaran yang saya ajar, membuatkan saya menyenanginya dan mahu berkenalan lebih rapat,” katanya.

Lebih menghairankan, katanya, Din Kudung beberapa kali menghembuskan asap rokok ke mukanya dan mulanya terasa seperti mahu marah tetapi akhirnya hanya mendiamkan diri.

“Sejak pertemuan itu, saya kerap bertemu Din Kudung yang turut mendakwa bertugas sebagai kontraktor dan mempunyai beberapa projek dalam pembinaan sekitar bandar raya ini.
“Lelaki terbabit turut membawa saya ke beberapa lokasi projek pembangunan sekitar bandar raya ini yang konon miliknya.

“Din Kudung mendakwa berdepan pelbagai masalah seperti pekerja ditahan Jabatan Imigresen dan kekurangan wang untuk meneruskan projek.

“Terpedaya dengan helah lelaki berkenaan, saya bersetuju membuat pinjaman bank RM50,000 di sebuah institusi kewangan di pusat bandar raya ini, pertengahan September 2010,” katanya.
Bagaimanapun, Siti terkejut kerana kurang tiga jam, urusan pinjaman itu diluluskan dan dia menyerahkan wang berkenaan kepada lelaki itu.

Menurutnya, dua minggu kemudian, Din Kudung menghubunginya dan memaklumkan perlu RM50,000 lagi untuk menyelesaikan masalah kewangannya.

“Saya akhirnya setuju membuat pinjaman itu selepas didesak, ia diluluskan pada hari sama dan cek pula dikeluarkan atas nama seorang lelaki yang juga rakan kepada Din Kudung.

“Pertengahan Oktober pula, Din Kudung sekali lagi meminta saya membantunya dan saya menggunakan kad kredit untuk mengeluarkan RM8,000 sebelum menyerahkan wang berkenaan kepadanya,” katanya.

Menurut Siti, tidak lama kemudian, lelaki terbabit menghilangkan diri, malah turut menukar nombor telefon bimbitnya.

, Siti juga tertekan kerana Din Kudung berjanji konon mahu menjadikannya rakan niaga selain mengahwininya.

Siti berkata, awal tahun ini, dia mendapatkan rawatan di sebuah pusat rawatan Islam sebelum dimaklumkan sebenarnya terkena ayat guna-guna dan diminta mengamalkan bacaan ayat suci al-Quran.

Katanya, selepas beberapa kali berubat, baru dia dapat berfikir dengan waras.
“Saya akhirnya berjaya mendapatkan beberapa nombor telefon wanita lain yang menjadi mangsa Din Kudung dan apabila dihubungi, mereka turut mendakwa ditipu lebih RM100,000 seorang selain berkenalan di Terminal Pengangkutan dan Pasar Awam Larkin.

“Akibatnya, saya kini terpaksa menjelaskan hutang sebanyak RM1,200 sebulan kepada tiga bank dengan tempoh bayaran pinjaman antara 15 hingga 20 tahun,” katanya.

Menurutnya, disebabkan jumlah hutang yang banyak, dia tidak boleh membeli rumah mahu pun menukar kereta kerana separuh daripada gajinya digunakan untuk melunaskan bayaran terbabit.

Berikutan itu, Siti membuat laporan di Balai Polis Taman Perling, 25 Ogos lalu, dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Din Kudung bagi mengelak lebih ramai wanita menjadi mangsanya.

Harian Metro

[WASPADA] Van Putih Culik Nurin Muncul Semula


Posted: 19 Oct 2011 11:55 PM PDT
22 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Ampang: Tragedi kes culik dan pembunuhan kejam Nurin pada 20 Ogos 2007 hampir berulang apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun hampir diculik dua lelaki menaiki van putih persis kenderaan yang didakwa melarikan Nurin. Gambar fail

Menggunakan taktik hampir sama seperti kes penculikan sebelum ini, kanak-kanak lelaki terbabit diculik dan dibawa lari beberapa meter sebaik berjalan keluar dari sekolahnya berhampiran Kampung Melayu Ampang, Jumaat lalu.

Bagaimanapun, mangsa terselamat apabila sempat melarikan diri sebaik pintu van berkenaan terbuka akibat tindakannya yang meronta-ronta ketika ditahan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa baru tamat waktu persekolahan dan mahu pulang ke rumahnya yang terletak berhampiran.

“Ketika sedang berjalan tiba-tiba seorang lelaki tempatan memakai kemeja-T terus keluar dari van putih diletakkan di tepi jalan lalu menghampiri kanak-kanak berkenaan yang baru keluar dari pintu utama sekolah.

“Lelaki itu dikatakan memeluk lalu menangkap mangsa dari belakang. Akibat terkejut dengan tindakan itu, mangsa meronta dan cuba melepaskan diri,” katanya ketika dihubungi semalam.

Namun, mangsa dibawa masuk menaiki van dipandu seorang lagi lelaki tempatan dipercayai untuk dibawa lari.

“Dalam perjalanan itu, mangsa terus meronta-ronta melepaskan diri. Disebabkan keadaan van yang bergegar, pintu van itu terbuka.

“Mangsa segera melompat keluar dari van itu dan melarikan diri. Kedua-dua suspek yang panik dengan tindakan mangsa kemudian memecut van berkenaan,” katanya.

Berikutan itu, mangsa pulang ke rumahnya dan menceritakan kejadian itu kepada ibu bapanya sebelum dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya untuk membuat laporan.

Amiruddin berkata, polis kini sedang giat memburu suspek dan menasihati orang awam supaya peka keadaan sekeliling dan memaklumkan polis sekiranya melihat keadaan mencurigakan menggunakan van putih.

Dalam kejadian sebelum ini, Nurin Jazlin Jazimin, 8, diculik selepas mengunjungi pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju pada 20 Ogos, 2007. Mayat mangsa ditemui disumbat dalam beg berhampiran PJS1, Petaling Jaya. Dua bulan selepas itu, seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun nyaris diculik berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju tidak jauh dari tempat Nurin dilaporkan hilang.

Dalam kejadian itu, mangsa yang cuba ditarik masuk ke dalam van sempat melawan sebelum dilepaskan penjenayah yang terkejut dengan jeritan ibu mangsa. Kejadian sama berulang apabila seorang lagi kanak-kanak perempuan, Sharlinie Mohd Nashar, 5, turut dilaporkan hilang pada awal Januari 2008 selepas didakwa turut dilihat bersama seorang suspek dalam sebuah van di Cheras. Mangsa gagal ditemui sehingga kini.

KELAB GREENBOC/-

myMetro | Sekali tepuk RM50,000 lesap

myMetro | Sekali tepuk RM50,000 lesap

BATU PAHAT: Hanya sekadar menepuk bahu, seorang lelaki berwatak alim mampu membuatkan mangsanya secara tanpa disedari menyerahkan geran tanah, wang tunai serta barangan kemas kepada pengamal ilmu pukau terbabit.

Seorang daripada mangsa amalan sihir itu yang hanya mahu dikenali sebagai Salim dari Seri Medan di sini, berkata dia kerugian RM50,000 dan hanya menyedari dipukau selepas pemeriksaan mendapati wang dalam akauan banknya berkurangan.


Bagaimanapun, lelaki berusia 60 tahun itu bersyukur tidak sempat menyerahkan geran tanah miliknya kerana penipu terbabit menghilangkan diri terlebih dulu. Salim berkata, segala-gala bermula pada awal September lalu selepas dia bersua muka dengan lelaki dikenali sebagai Roslan, 40-an, yang selalu memakai jubah serta kopiah.



“Saya menerima panggilan telefon daripadanya dan bila saya tanya bagaimana dia dapat nombor telefon saya, Roslan memaklumkan kami mempunyai naluri rasa yang sama.

Click Here


“Tanpa membuang masa, Roslan menawarkan peluang perniagaan yang boleh menjana pendapatan lumayan namun saya menolaknya dengan baik dan mengatakan tidak berminat dengan urus niaga seperti itu,” katanya di sini, semalam.

Punca Kenapa Budak Digilis Van Di China Tidak Dihiraukan Orang Ramai

Luar Negara Oleh: solihinzubir

"

Rasanya ramai yang dah tengok video budak 2 tahun digilis van dan lori di China. Sangat kejam bila orang ramai yang lalu lalang seolah-olah tidak menghiraukannya. 

Lepas tu, baru ada seorang amoi tua yang sudi angkat budak tu ke tepi jalan. Itupun dia macam takut-takut dan menjauhkan diri selepas mengalihkan budak tu ke tepi jalan hinggalah mak budak tu datang. Rupanya semua itu bersebab. Ia berkait rapat dengan undang-undang dan budaya di China.

Punca Kenapa Budak Digilis Van di China Tidak Dihiraukan Orang Ramai

1. Di China, jika anda ternampak seorang makcik jatuh basikal, budak kena pukul, seorang tua diserang sakit jantung atau apa saja yang berkaitan, sila jangan tolong!

2. Jika anda tolong, secara automatik orang itu akan menjadi tanggungjawab anda. Contohnya, jika anda mahu menolong makcik yang jatuh basikal tu, jika kakinya patah, anda yang kena tanggung semua kos perubatannya.

3. Ataupun anda akan disaman oleh anak makcik itu kerana anda akan dituduh menjadi punca mak dia jatuh.

4. Pernah terjadi, atas dasar prihatin seorang askar menolong seorang tua yang terjatuh kerana tidak ada yang sudi menolongnya. Tetapi, apabila anak orang tua itu ternampak askar tersebut memegang ibunya, askar tersebut dituduh menolak ibunya. Askar tersebut telah disaman dan terpaksa menanggung kos perubatannya. Lebih perit, dia dibuang kerja.

5. Begitu juga dengan kes budak 2 tahun yang digilis tu. Bagi mereka, lebih baik biarkan saja daripada mereka terpaksa menanggung akibat yang lebih teruk jika sesuatu yang buruk berlaku pada budak tu.

6. Inilah fakta di China. Nilai moral sudah tidak ada. Mereka akan mementingkan diri sendiri. Sebab kalau mereka tolong pun, mereka yang terpaksa tanggung akibatnya.

Perasan tak dalam video tu? Pemandu van tersebut seolah-olah sengaja menggilis budak tu buat kali kedua dengan tayar belakang. Nak tahu apa penjelasannya?

1. Mula-mula dia dah terlanggar budak tu dan dia berhenti sekejap sebab dia perasan macam terlanggar budak. Masa tu, budak tu berada di tengah-tengah antara tayar depan dan belakang.

2. Dia ingin melarikan diri. So, dia meneruskan perjalanan dan menggilis budak tu dengan tayar belakang pula buat kali kedua.

3. Dia terfikir kalau budak tu mati, dia cuma perlu bayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 sahaja. Tapi kalau budak tu hidup, dia kena tanggung akibatnya seumur hidup dan kos yang lebih tinggi.

4. Itulah undang-undang di China yang mana kalau langgar mati lebih senang hendak dikira daripada langgar hidup. So, pemandu van tu berharap yang budak tu akan mati.





Blog Ku Untuk Semua Lapisan

Pembangunan Blog saya ini bukan hanya utk PPG UPSI sahaja tetapi ia akan berkaitan tentang semua isu-isu semasa terutama dalam bidang pendidikan....
Selain itu juga, Blog saya ini juga akan memuatkan artikel-artikel berkenaan tentang bidang pengajian saya terutamanya, namun saya suka postkan artikel-artikel yang berbentuk Islamik....
Diharapkan kepada pengunjung terutama rakan-rakan pengajian jangan terkejut sebab banyak ruangan yang saya postkan banyak berkenaan tentang TAZKIRAH....
Sekian, terima kasih....

Khamis, 20 Oktober 2011

Dahsyatnya Hari Kiamat Dan Padang Mahsyar.


 
Assalamualaikum Wbr.
http://kaskusnews.us/wp-content/uploads/2010/05/kiamat-1.jpg
Hari yang Pasti Terjadi
Gambaran Hari Qiamat
 

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

 

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

 

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

 

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

 

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

 

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

 

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

 

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

 

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

 

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

 

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

 

ⅰ- Pemimpin yang adil.

 

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

 

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

 

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

 

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

 

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

 

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


 

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

 

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

 

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

 

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

 

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

 

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

 

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

 

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

 

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

 

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

 

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

 

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

 

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

 

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

 

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

 

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

 

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

 

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

 

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

 

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

 

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

 

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

 

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


 

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

  

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

10 Bahaya Makan

 
Kesan sampingan dan bahaya makan minum sering dilapurkan dan ia diakui sendiri oleh pakar perubatan bahawa punca penyakit yang diidapi oleh masyarakat manusia dan ada yang membawa kematian khususnya masyarakat moden hari ini, ia berpunca daripada banyak makan daripada kekurangan makanan. Penyakit-penyakit seperti darah tinggi, lemah jantung, kencing manis dan lain-lain semuanya berpunca daripada lebih makan atau tidak mengawal makanan dengan cara yang betul.
Oleh sebab itu Nabi SAW mengingatkan bahawa; “Tiada suatu tempat yang dipenuhi oleh anak Adam yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu memakan sekadarnya. Hendaklah kamu mengisi perut dengan hanya sepertiga ruang makanan dan sepertiga lagi dengan air dan sepertiga lagi dengan nafas (ruang udara)” –(Riwayat At Tirmizi dan Ahmad).
Hadis di atas di samping menganjurkan agar menghadkan kadar makan dan minum, Nabi SAW juga mengingatkan tentang bahaya perut jika ia diisi dengan tanpa hadi. Difahamkan daripada hadis di atas juga bahawa perut kita hanya selamat jika ia diisi dengan makanan satu pertiga sahaja. Tetapi jika ia dipenuhi dengan makanan melebihi ruang itu, maka kemungkinan besar ia merbahaya kepada kesihatan kita sendiri.
Oleh sebab itu Imam Al Ghazali dalam Minhajul ‘Abidin menjelaskan terdapat 10 bahaya berpunca daripada lebihan makanan. Di antara bahaya-bahaya makan minum tanpa had itu ialah;
1. BANYAK MAKAN HATI MENJADI KERAS DAN MEMADAMKAN CAHAYANYA.
Dalam sebuah hadis yang agak masyhur bahawa Nabi SAW mengingatkan; “Hati anak Adam ditempa bentuknya mengikut makan dan minum”. Ertinya bentuk dan sifat hati itu berpunca daripada makan minum.
Dalam hadis lain Nabi SAW bersabda lagi, maksudnya; “Janganlah kamu mematikan hati dengan banyak (berlebih) makan dan minum, walau pun yang halal. Kerana hati itu ibarat tumbuh-tumbuhan, ia akan mati jika terlalu banyak disirami air”.
Dalam Al Quran pula Allah mengingatkan agar jangan makan makanan secara belebihan sehingga walau pun dengan makan minum yang halal. Firman Allah, maksudnya; “Makan minumlah kamu, tetapi jangan berlebihan” –(Surah Al ‘Araf ayat 31).
Hukama’ pula ada berkata; “Perut itu umpama kuali yang berada di bawah hati, bila ia mendidih asapnya akan terkena pada hati. Jika banyak asap, ia akan kotor dan menjadi hitam”. Ertinya bahan kimia daripada makanan itu menghasilkan toksid yang boleh membinasakan hati dan jantung.
2. BANYAK MAKAN HATI MENJADI RESAH DAN MERUNTUN ANGGOTA KE ARAH PERKARA SIA-SIA DAN MAKSIAT.
Seorang yang sentiasa kenyang sentiasa lupa daratan. Segala pancainderanya, seperti mata, telingan, lidah dan kemaluannya cenderung untuk melakukan perkara haram. Tetapi bila perut lapar, semua anggota menjadi aman dan tenteram daripada runtutan maksiat, hatta perkara fudhul (tidak berfaedah).
Berkata Ustaz Abu Jaafar Rahimullahu ta’ala, bahawa perut itu, jika ia lapar, anggota lain menjadi kenyang (tidak ingin) terhadap segala perkara yang tidak baik. Tetapi jika ia kenyang, maka segala anggota lain menjadi lapar (teringin) kepada sesuatu tanpa batas dan banyaklah perkara yang dituntutnya. Kesimpulannya, menurut Imam Al Ghazali, setiap perbuatan, ucapan serta tindak-tanduk seseorang lebih banyak dipengaruhi oleh makan minum.
Jika makan yang haram, maka yang terhasil daripada anggota dan pancainderanya adalah perkara haram juga. Jika makan yang halal, yang terhasilnya adalah perkara baik dan manfaat serta keuntungan di dunia dan akhirat. Tapi jika makan belebihan, walaupun halal, ia mendatangkan kesan sampingan yang memudharatkan pula.
3. BANYAK MAKAN AKAN MELEMAHKAN AKAL DAN TERHALANG DARIPADA MENJADI CERDIK.
Benar sekali apa yang disebut oleh Imam Ad Daraqutni; “Bila engkau ingin sesuatu dari keperluan dunia dan akhirat, maka janganlah engkau makan dahulu sehingga perkara yang engkau ingin itu tercapai atau berhasil. Kerana makan itu akan merubahkan fikiran menjadi lemah.
Bukti itu telah dialami oleh banyak orang yang mempraktikkannya”.
4. BANYAK MAKAN MENYEBABKAN KURANG IBADAH.
Banyak makan menyebabkan badan menjadi berat, mata mengantuk, anggota badan lesu dan lemah. Walau pun dipaksa untuk melakukan sesuatu, tetapi tidak berdaya lagi, kecuali hanya tidur seperti bangkai terbuang.
Diceritakan bahawa Nabi Yahya as pernah bertemu dengan iblis sedang membawa sesuatu serupa joran (alat memancing). Nabi Yahya bertanya; “Untuk apa engkau bawa alat ini”. Jawab iblis; “Inilah syahwat untuk aku pancing anak-anak Adam”. Tanya Nabi Yahya lagi; “Adakah aku juga hendak engkau pancing?”. Jawb iblis; “Tidak ada peluang. Tetapi pernah pada suatu malam, engkau makan agak banyak. Maka aku dapat memancing kamu sehingga engkau terasa berat untuk mengerjakan solat”. Kata Nabi Yahya; “Kalau macam itu, mulai hari ini aku tidak lagi mahu makan kenyang sepanjang hidup aku”. Kata iblis dengan penuh kesal; “Betapa menyesalnya aku kerana membuka rahsia ini. Mulai hari ini kami golongan iblis tidak akan menceritakan lagi rahsia ini kepada sesiapa pun”. Ada pun kisah Nabi Yahya terlebih makan itu cuma berlaku sekali sahaja dalam hidupnya.
Cubalah bayangkan, bagi orang yang sentiasa kenyang pada setiap malam. Tentu sekali bukan sahaja malas, bahkan terasa rugi untuk bangun beribadah malam. Bila terjaga pada waktu malam sayang sekali untuk tinggalkan kain selimut dan tilam empuk untuk bangun beribadah kepada Allah.
Berkata Syied Sofwan Rahimullah; “Ibadah itu umpama perusahaan (perniagaan) yang menguntungkan. Warungnya adalah berkhalwat dan barang perniagaannya ialah berlapar”. Ertinya jika kita tidak berlapar, maka kita ibarat peniaga yang membuka warung yang kosong.
5. BANYAK MAKAN AKAN MENGHILANGKAN KEMANISAN DALAM BERIBADAH.
Seperti seorang seniman yang sedang asyik menumpukan kepada kanvas lukisannya, ia pasti lupa alam sekelilingnya. Setelah selesai dihasilkan lukisannya, ia akan terasa suatu kepuasan. Demikian juga dengan badah yang dilakukan dengan takun dan khusyuk, akan terasa sedap dan nikmat. Selesai ibadah akan terasa suatu kepuasan.
Saidina Abu Bakar berkata; “Sejak aku menganut Islam, belum pernah perut aku kenyang dengan makanan. Kerana aku ingin mendapat kemanisan dan kepuasan dalam beribadah. Juga belum pernah aku kenyang dengan minuman, kerana aku sangat rindukan Allah”.
Saidina Abu Bakar ialah salah seorang sahabat Nabi SAW yang mendapat maqam (tingkatan) mukasyafah. Ini seperti mana diakui oleh Nabi SAW sendiri, maksudnya; “Tiada yang melebihi kamu Saidina Abu Bakar dalam rasa mekanisan beribadah puasa dan solat. Sesungguhnya ia ialah kerana sesuatu yang tersimpan di dalam dadanya (takwa)”.
Inilah tanda dan sifat orang yang telah mendapat maqam mukasyafah kerana mengurangkan makan dan minum.
Kata Addoroni, saat aku merasa amat manis sekali dalam ibadah ialah semasa perutku rapat dengan belakangku (terlalu amat lapar).
6. BANYAK MAKAN SEMBARANGAN MAKANAN AKAN MUDAH TERJERUMUS KEPADA SYUBHAT ATAU MUDAH MENDEKATI PERKARA HARAM.
Menurut Imam al-Ghazali, barang halal itu datang kepada kamu hanya sekadar untuk menjadi bekalan sahaja. Seperti mana disebut oleh Nabi SAW, maksudnya; “Sesungguhnya yang halal itu tiada datang kepada kamu, melainkan sekadar untuk menjadi bekal dan sekejab sahaja. Tetapi yang haram itu datang kepada kamu bertimbun-timbun”.
Banyak makan makanan syubhat menimbulkan was-was dalam hati. Sukar menghafal ilmu dan mudah lupa. Oleh sebab itu dalam hadis riwayat Bukhari bahawa Rasulullah SAW mensifatkan, di antara halal dengan haram ada di tengahnya perkara syubhat. Walau pun perkara syubhat belum haram, tetapi ia lebih mendekati ke arah haram dan termasuk perkara larangan, bagai taman larangan kawasan istana. Kerana, siapa yang suka meniti di atas syubhat, lambat laun ia akan terjerumus kepada haram. Bagi orang wara’ perkara syubhat dijauhinya bagai menjauhi perkara haram.
7. BANYAK MAKAN MENYEBABKAN TIMBUL PELBAGAI PERKARA BURUK.
Di antara perkara buruk atau kesan sampingan berpunca daripada banyak makan ialah;
a). Hati dan badan menjadi penat kerana sebuk berusaha mencari perbelanjaan untuk tujuan menyediakan makanan yang lazat-lazat dan mahal-mahal perencah dan resepinya.
b). Badan akan menjadi penat dan letih dalam mencari pelbagai resepi, menyiapkan pelbagai jenis masakan, mencuci alat-alat yang telah diguna untuk makan dan sebagainya.
c). Menghabiskan masa, fikiran, dan pertimbangan untuk mengimbangkan resepi agar terasa lazat. Kerana bimbangkan risiko kekurangan salah satu bahan, nanti kurang sedap.
d). Selepas makan, kesibukan itu bersambung lagi, seperti kena mencuci gigi, menyiapkan peralatan selepas makan seperti kertas tisu, menghidang makan ringan sebagai pencuci mulut dan lain-lain.
e). Jika perut allergic terpaksa pula pergi ke jamban. Menghadapi risiko kesan sampingan seperti terkena penyakit darah tinggi, lemah jantung atau kencing manis dan lain-lain, maka terpaksa pula jumpa doktor dan sediakan ubat sepanjang masa.
f). Selalu rugi di bidang agama seperti;
i). Banyak makan menjadikan seseorang malas beribadah atau melambat-lambat sembahyang, kerana terasa penat akibat perut terlalu kenyang. Jika ibadah pun telah mengurangkan perkara-perkara sunat.
ii). Orang yang banyak makan akan sentiasa hendak membuang air kecil atau air besar atau sentiasa kentut. Oleh sebab itu wudhuknya tidak dapat kekal. Ertinya, ia tidak mampu kekal dalam keadaan suci, iaitu sentiasa berada dalam wudhuk. Sedangkan orang yang sentiasa berwudhuk, menurut hadis, ia sentiasa diampuni dosa oleh Allah sepanjang ia berwudhuk.
iii). Banyak makan menyebabkan kurang tahan beriktikaf atau tidak dapat berlama-lama dalam mesjid, kerana keluar untuk keperluan cari makan atau kerana terbatal wudhuk (sentiasa kentut) atau kerana hendak buang air kecil atau air besar.
iV). Orang yang banyak makan ia tidak tahan berpuasa, kerana tidak tahan berlapar.
Demikian beberapa kelemahan keburukan orang yang banyak makan dan ia merupakan satu kerugian.
Sesungguhnya puasa, iktikaf, dawamut toharah (sentiasa berkeadaan suci - sentiasa berwudhu', termasuk juga menjaga kebersihan pakaian pada diri) dan lain-lain itu merupakan perkara yang menjadi ibadah dan mendapat pahala. Sedangkan banyak makan, menyebabkan peluang untuk berada dalam keadaan ibadah dan mendapat pahala menjadi terganggu oleh kesan sampingan akibat makan banyak seperti perasaan malas, mengantuk, terkentut, buang air kecil dan besar (menyebabkan tidak tahan berada dalam keadaan sentiasa wudhu') dan lain-lain.
Kerana itu Nabi SAW mengingatkan, maksudnya; “Punca segala penyakit ialah rakus atau lahap dalam makan dan punca segala ubat ialah berpantang”.
Malik bin Dinar pernah berkata; “Wahai saudara ahli Basrah, disebabkan makan terlalu banyak, maka kita terpaksa kerap pergi ke tandas, tempat yang hina. Ertinya kita dimalukan oleh Tuhan. Oleh sebab itu, maka aku amat inginkan sekiranya diberi rezki oleh Tuhan, cuma cukup untuk menjilat lidah sahaja pada batu krikil”.
Oleh itu orang yang Cuma menghabiskan masa untuk fakir makan dan minum sahaja, maka semua urusan yang dilakukan (untuk mencari makanan) hanya semata-mata untuk keduniaan dan tidak ada apa-apa bahagian untuk di akhirat. Kerana apa yang diusahakan semata-mata untuk menghasilkan najis dan mengakibatkan pula badan lesu, menanggung penyakit dan masa (umur) tebuang percuma sahaja.
8. BANYAK MAKAN MENYEBABKAN AMAT SAKIT KETIKA SAKARATUL MAUT DAN URUSAN PERHITUNGAN DI AKHIRAT MENJADI RUMIT.
Dalam hal ini Nabi SAW ada mengingatkan; “Berat atau ringannya sakit sakaratulmaut itu bergantung kepada sedikit atau banyaknya kenikmatan dunia yang kita ambil. Jika banyak kenikmatan dan kesenangan dunia yang kita ambil dan nikmat, maka beratlah kita hadapi sakit sakaratul maut, kerana sedih dan sayang untuk meninggalkan dunia yang telah mendarah-daging bagi kita”.
9. BANYAK MAKAN MENYEBABKAN KURANGNYA GANJARAN DI AKHIRAT, KERANA NIKMATNYA TELAH DITERIMA DI DUNIA.
Firman Allah, maksudnya; “Dan ingatlah hari ketika orang-orang kafir dimasukkan ke dalam neraka, kepada mereka dikatakan; ‘Kamu telah menghabiskan rezki dan kesenanganmu yang baik di dunia dan kamu telah pun bersenang-senang dengannya, maka pada hari ini dibalas pula dengan azab yang menghinakan. Kerana kamu dahulu di dunia sombong dan fasiq tanpa hak” –(Surah Al Ahqaaf ayat 20).
Jika kita hanya mengambil dan menggunakan nikmat dunia semata-mata untuk merasakan kesenangan di dunia, maka akibatnya nikmat di akhirat akan dikurangkan oleh Allah.
Diriwayatkan bahwa suatu masa Khalid Ibnu Walid menghidangkan makanan yang enak-enak kepada Saidina Umar. Lalu Saidina Umar berkata; “Makan yang enak ini kita akan makan sekarang, tetapi bagaimana dengan nasib orang –orang fakir di kalangan sahabat Muhajirin yang meninggal dunia, kerana belum pernah kenyang makan roti yang dibuat daripada sya’ir (iaitu gandum yang amat murah harganya)”. Khalid menjawab; “Ya, Amirul Mukminin, bagi mereka sudah ada syuga. Sekarang mereka sudah mendapat ganjarannya”. Kata Saidina Umar lagi; “Kalau begitu, mereka sudah dapat syurga, sedangkan kita baru dapat makanan yang enak ini. Amat celakalah kita, kerana di antara kita dengan mereka berbezaan amat jauh sekali”.
Saidina Umar amat faham tentang peringatan Rasulullah SAW, bahawa jika seseorang itu telah mendapat nikmat dunia dan bermewah-mewah dengannya, nanti di akhirat ganjarannya akan berkurangan.
Diriwayatkan bahawa suatu hari Saidina Umar merasa dahaga. Lalu ia meminta air daripada seorang sahabat yang ada berdekatan dengannya. Sahabat itu pun menghulurkan kepadanya air yang di dalamnya bercampur beberapa butir buah kurma sehingga air itu terasa manis. Sebaik-baik sahaja Saidina Umar menghirup seteguk air itu, lalu ia bagaikan tersentak dan bersuara; “Aduh...”. Tapi sahabat itu menyangka Saidina Umar tersentak kerana air itu kurang manis. Dia pun berkata; “Ya, Amirul Mukminin….seboleh-bolehnya aku inginkan agar air itu cukup terasa manis, tetapi jika ia kurang manis, aku minta maaf…”. Balas Saidina Umar; “Aku tersentak itu bukan kerana tawar, tetapi kerana terlalu manis”. Selepas itu dengan nada terharu Saidina Umar menyambung lagi; “Kalaulah tidak kerana ada Hari Akhirat, maka aku akan bersama-sama kamu bersenang-senang menikmati kehidupan di dunia ini”.
10. BAHAYA MAKAN MERUMITKAN SOAL JAWAB DI AKHIRAT.
Bahaya makan terakhir ialah mengakibatkan seseorang itu akan menghadapi saat rumit ketika berhadapan dengan soal jawab di akhirat.
Walau pun memakan rezki yang halal, tapi jika di akhirat kita disoal siasat oleh Allah di Mahkamah Akhirat tentang daripada mana kita perolehi yang halal itu dan ia diperhetungankan satu persatu. Jika kita memakan makanan yang syubhat, kita akan disalahkan, kerana hanya ingin bersenang-senang. Sedangkan hal ehwal keadaan jiran, orang miskin dan lain-lain orang yang susah, tanpa dibantu, itu akan ditanya kelak oleh Allah kepada kita.
Sesiapa yang tidak membantu orang yang memerlukan bantuan, sedangkan ia mampu, maka ia dianggap tidak tergolong sebagai umat Islam.
Sebuah hadis bahawa Nabi SAW bersabda amat tegas sekali, maksudnya; “Siapa yang tidak memikirkan urusan sesama Muslim, ia dianggap bukan golongan mereka (bukan golongan Muslim)” -(Riwayat Al Hakim dari Ibnu Mas’ud).
Oleh itu, dalam hidup ini, kita selaku umat Islam telah tersedia memikul amanah, sama ada amanah masyarakat atau amanah diri dan keluarga. Jadi, tidak pantaslah setiap hari kita cuma memikirkan tentang makan dan mengisi perut sahaja. Kerana kita mempunyai tanggungjawab yang lebih besar terhadap keluarga dan masyarakat.
Memang dalam hidup ini, lebih-lebih lagi untuk mengisi tugas dan tanggungjawab terhadap Allah dan juga masyarakat, kita perlukan badan sihat. Badan yang sihat, terbina daripada makanan minum yang baik dan berzat. Memang makanan itu perlu, tetapi janganlah sampai makan terlalu berlebihan sehingga melupakan tanggungjawab lain yang lebih utama.

Golongan Menggadai Agama

Rasulullah saw. bersabda maksudnya: "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)". (Daripada Abu Hurairah r.a - Riwayat Tarmizi).

Huraian:
Golongan yang dimaksudkan di dalam Hadis ini ialah orang orang yang menjadikan agama sebagai alat untuk mendapat habuan dan keuntungan dunia yang mereka kejar. Mereka rela menggadaikan agama untuk mengejar kuasa, nama, pangkat, dan harta dunia. Dan apabila bercanggah kepentingan dunia dengan hukum syarak mereka berani mengubah hukum Allah dan memutarbelitkan kenyataan. Ini lah yang di sebut menghalalkan cara. Mereka juga pandai mengemukakan hujah-hujah yang menarik dan alasan alasan yang memikat hati, tetapi sebenarnya hujah-hujah dan alasan tersebut hanya semata-mata timbul dari kelicikan mereka memutarbelitkan kenyataan. Mereka menipu orang lain dan juga menipu diri mereka sendiri.Contohnya pada hari ini kita dapat melihat ramai dari kalangan orang orang politik dan ahli ahli perniagaan melakukan perkara ini.Mereka termasok dalam golongan yang di sebut dalam hadis ini iaitu memperalatkan agama untuk “politik gain” dan perniagaan mereka.
Mereka akan dilanda kekusutan pemikiran yang sangat tajam sehingga orang alim yang banyak pengalaman pun akan kehabisan akal dan buah fikiran. Mereka menghadapi masalah-masalah yang meruncing dan akan menemui jalan buntu dalam permasalahan yang dihadapi.

Wallahu'alam.