Waktu Solat

IKLANEKA...JUST KLIK

Pengunjung FaceBook

Join la blog saya

Khamis, 8 Disember 2011

Tangga Gaji | Sifir Gaji | Pekeliling JPA

Assalamualaikum.....

Sambungan dari entri  sebelum ini. Group PREMIER mata gaji (JPA) cuma ada min n max, untuk PGT (maafkan saya kalau sy salah tafsir maksud JPA,PGT akan dinilai oleh LNPT dan berkuatkuasa kepada penjawat awam dari post PnP [yang ni saya confius,melibatkan PnP sahaja atau semua struktur skim perkhidmatan awam])
Markah penilaian akan menentukan kenaikan gaji penjawat awam, secara kasar akan di nilai seperti dibawah:-
a. Markah 95% keatas – kenaikan gaji adalah 15 %
b. Markah 85%-95% – kenaikan gaji adalah 8%
c. Markah 75 % – tiada kenaikan
d. Markah 70 % – di syorkan tamat perkhidmatan


Bayangkan gaji RM 3K, dapat LNPT 95% : 3K x 15% = KENAIKAN
Berkemungkinan budaya bodek membodek akan ketara., kita tengoklah nanti macam mana.
Istilah yang ini digunapakai untuk PELAKSANA (Kump.Sokongan I & II) saya tidak tahu adakah terlibat sama..jika tidak tergolong dalam kumpulan yg PGT dinilai berasas LNPT ini. Maka MUNGKIN PGT kita akan naik seperti biasa (kadar baru SBPA).
250X250 Tangga Gaji | Sifir Gaji | Pekeliling JPA

Sifir ini untuk PGT SBPA, tak tahu akan digunapakai atau tidak:
GRED 1-16 = RM80
GRED 17-26 = RM120
GRED 27-40 = RM160
GRED 41-48 = RM220
GRED 52-54 = RM260
GRED JUSA A,B,C = RM320

Pada hemah saya kemungkinan itu ada..sebab gaji yang JPA tunjuk untuk gred N17 adalah increment sebanyak RM135. 

Jadi, kita tunggu pekeliling JPA yang dijangka keluar pada 5 Disember 2011. So,harap yang jaga server JPA dan Kementerian berjaga-jaga.

p/s: Apa pendapat anda?

coretan dari...http://www.isupanas.com/2011/11/tangga-gaji-sifir-gaji-pekeliling-jpa/

Rabu, 7 Disember 2011

Rekreasi Minda Matematik

السلام عليكم

bukan sekadar rekreasi riadah..

tetapi rekreasi minda..


minta seorang kawan tuliskan sebarang nombor dua digit & suruh beliau lakukan operasi - operasi matematik berikut ;

> darabkan digit Pu dengan dua
> tambahkan sebanyak satu
> darabkan pula dengan lima dan
> tambahkan digit Sa


CONTOH : katakan nombor pilihan ialah 89.

> 8 x 2 : 16
> 16 + 1 : 17
> 17 x 5 : 85
> 85 + 9 : 94

minta diberitahu hasil terakhir proses kepada kita & insya-Allah, kita akan dapat meneka nombor pilihan awal tadi.

HURAIAN PENYELESAIAN

apabila dimaklumkan hasil terakhir operasi itu ialah 94, dalam contoh ini, kita dengan secara spontan menolakkan daripada nombor itu sebanyak 5 (nombor rahsia) :

94 - 5 = 89


nota dari sayaseekorarnab ;
gunakan ia sebagai suatu rekreasi yang boleh mempertingkatkan minat, keseronokan dan motivasi untuk mendekati matematik.

dapatan dari...sayaseekorarnab....

Selasa, 15 November 2011

Strategi PNP Matematik

Pengajaran dan pembelajaran dalam matematik berbeza dengan mata pelajaran lain. Di samping kemahiran mengira yang melibatkan daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi, ianya juga memerlukan kefahaman sesuatu konsep dengan tepat dan menyeluruh (NCTM, 1980; Cockroft, 1986; Nik Azis, 1992; Tg. Zawawi, 1997a). Setiap pendidik matematik mestilah bertanggungjawab untuk memiliki dan mengekalkan ketrampilan (competence) dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira keperluan dan tahap pencapaian para pelajar (NCTM, 1980).
 Teacher must be sensitive to the needs of their students and dedicated themselves to the improvement of student learning as their primary professional objective
(NCTM, 1980: 25)
Pengajaran matematik yang berkesan akan melibatkan beberapa kemahiran, antaranya:
  • Perancangan mengajar
  • Pelaksanaan pengajaran
  • Penyediaan latihan yang berterusan dan pelbagai
  • Pengayaan dan pemulihan
  • Menilai kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran
  • Pengurusan bilik darjah
  • Penilaian terhadap bahan dan kurikulum matematik

Perancangan pengajaran dalam matematik
Setiap pendidik matematik amat memerlukan pengetahuan dan kemahiran dalam menyampaikan sesuatu isi pelajaran kepada anak didiknya. Amat jarang kedapatan di kalangan guru-guru yang dapat mengajar secara berkesan, jelas, tanpa sebarang gangguan dengan hanya berbekalkan kebolehan semula jadi (D' Augustine, 1973 ). Pengajaran matematik yang berkesan perlu memenuhi beberapa langkah penting seperti berikut :
  • Penelitian terhadap konsep-konsep asas yang terlibat dalam sesuatu topik
  • Mengenalpasti serta menyenaraikan objektif pengajaran dan pembelajaran secara eksplisit
  • Mengenalpasti kemahiran prasyarat yang diperlukan bagi sesuatu topik dan skim matematik yang sedia ada dalam minda pelajar.
  • Memilih kaedah dan alat bantu mengajar yang sesuai untuk mengembangkan sesuatu konsep
  • Mempertimbang dan menyediakan aktiviti latihan untuk menguasai sesuatu kemahiran khususnya dalam penyelesaian masalah.
  • Mempertimbangkan kaedah serta instrumen untuk menilai keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
  • Melatih dan meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis di kalangan pelajar.
  • Menerapkan nilai-nilai murni dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti luar kelas.
Selepas kita mengetahui topik serta konsep-konsep yang berkaitan untuk di ajar, kita perlu menyenaraikan objektif tingkah laku yang bakal dipamirkan oleh setiap murid apabila mereka benar-benar memahami atau menguasai isi pelajaran yang telah disampaikan. Tingkah laku yang dipamirkan ini juga akan menunjukkan tahap kefahaman pelajar. Sebagai contoh, katakan kita ingin mengetahui sama ada pelajar memahami konsep segitiga. Kita boleh melibatkan beberapa objektif tingkahlaku yang boleh menjadi bukti bahawa pelajar telah memahami konsep segitiga, antaranya :
  • Melukis segitiga : Pelajar sepatutnya dapat melukis sebuah segitiga di atas se keping kertas dengan menggunakan pensel dan pembaris.
  • Memilih bentuk : Pelajar sepatutnya dapat memilih bentuk segitiga daripada set pelbagai bentuk yang dipamirkan kepada mereka.
  • Menyatakan definisi : Pelajar dapat menyatakan definisi segitiga dengan tepat sama ada secara lisan atau bertulis.
Sesuatu objektif biasanya ditentukan bagi sesuatu tempoh pengajaran, sama ada untuk satu masa atau dua masa, bergantung kepada isi pelajaran dan peruntukan masa mengajar. Pemilihan objektif tidak hanya menentukan tahap kefahaman seseorang pelajar, malah ia juga akan menentukan kaedah dan alatan yang sesuai digunakan. Sebagai contoh, katakan objektif yang dipilih berbunyi : " murid dapat menambah dua nombor satu digit dengan satu digit ". Jika tajuk berkenaan baru mula diajar, guru perlu menyediakan aktiviti untuk membimbing murid memahami konsep ' pengumpulan ' atau ' penyatuan ' antara dua set benda. Pengajaran bermula dengan aktiviti konkrit di mana para pelajar akan terlibat secara aktif, memanupulasi bahan-bahan maujud dan berakhir dengan proses pengabstrakan. Setelah murid memahami konsep penambahan, mereka seterusnya akan dibimbing untuk menguasai fakta asas tambah. Aktiviti untuk penguasaan kemahiran tidak banyak melibatkan manipulasi bahan maujud berbanding dengan aktiviti semasa penguasaan konsep.
Setelah mengenalpasti objektif pengajaran dan pembelajaran, para guru perlu menyenaraikan pengetahuan dan kemahiran sedia ada yang perlu dikuasai oleh setiap murid. Pengajaran sebaiknya bermula dengan mengingat semula pengetahuan sedia ada membuat pengukuhan jika perlu. Kemahiran dalam matematik bersifat heirarki dan berkesinambungan (Ngean, 1984). Kegagalan menguasai konsep dan kemahiran awal, akan menyebabkan kesukaran dalam pembelajaran kemahiran berikutnya.
Perancangan seterusnya ialah menentukan teknik atau kaedah yang paling sesuai untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Semua teknik atau kaedah adalah baik dan sesuai selagi mana ianya dapat membantu pelajar mencapai objektif yang digariskan ( Shaharir, 1984).

Pelaksanaan pengajaran dalam matematik
Pendidik matematik yang berjaya mestilah mampu untuk :
  • mengurus bilik darjah dengan berkesan tanpa gangguan yang boleh mencacatkan proses pengajaran dan pembelajaran
  • menggalakkan penglibatan aktif di kalangan pelajar sama ada semasa pengembangan konsep atau dalam aktiviti penyelesaian masalah.
  • mengatasi kelemahan dan masalah yang dihadapi oleh pelajar ( masalah pembelajaran, emosi, fizikal, disiplin dan sebagainya )
  • menggunakan konsep matematik dengan tepat, sesuai dengan tahap pencapaian pelajar
  • mengubahsuai gaya serta teknik pengajaran kepada kumpulan pelajar yang berbeza dari segi tahap pencapaian dan minat terhadap matematik
  • menjadikan kesalahan dan kesilapan pelajar sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran agar pelajar merasa bebas, tidak tertekan serta berani menjawab dan mengemukakan sebarang pandangan dan kemusykilan
  • memberi motivasi kepada pelajar agar mereka mempunyai minat dan semangat untuk mempelajari matematik
  • mengembang sikap positif pelajar terhadap matematik serta menghayatinya dalam kehidupan seharian
  • mengenalpasti teknik pengajaran terbaik yang mampu mencapai objektif yang digariskan.
  • menjadikan pembelajaran matematik lebih mudah dan menyeronokkan.

Isnin, 31 Oktober 2011

Sifir Cara Mudah


Ramai yang sedia maklum akan kegunaan sifir serba guna ini.
Ada juga yang berpendapat sifir hanya boleh digunakan untuk beberapa topik sahaja.
Namun begitu sifir juga sebenarnya adalah gabungan dari beberapa kemahiran lain.
Sebagai contoh, untuk mendapatkan sifir 2, kita perlu menambah 2 secara berulang-ulang untuk menghasilkan sifir tersebut. Begitu juga sifir-sifir yang lain.

Namun begitu untuk memantapkan penghasilan sifir ini memerlukan latihan dari masa ke semasa.
Oleh itu sebagai latihan kepada murid-murid, sila hasilkan sifir serba guna ini dengan masa terpantas.
insya-Allah, apabila anda telah mahir membina sifir ini, harapan untuk menjawab soalan-soalan darab dan bahagi amat cerah.

Rabu, 26 Oktober 2011

Penduduk Dunia Mencecah 15 bilion

Penghuni dunia cecah 15 bilion


Bumi kini hadapi masalah penduduk, suhu

NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran penduduk dunia akan mencecah 15 bilion orang menjelang akhir abad ini, menyebabkan tekanan berat kepada sumber planet Bumi,

kecuali tindakan segera diambil untuk mengawal kadar pertumbuhan.
Perangkaan itu berkemungkinan mengejutkan ramai pakar kerana ia jauh lebih tinggi berbanding yang dianggarkan.

Terdahulu, PBB menganggarkan dunia akan memiliki 10 bilion penduduk menjelang akhir abad ini, manakala ketika ini hampir tujuh bilion orang menghuni dunia.

Perangkaan baru itu dinyatakan dalam kajian oleh Dana Kependudukan PBB (UNFPA) yang akan disiarkan minggu ini. Laporan bertajuk ‘Kedudukan Penduduk Dunia 2011,’ dihimpun untuk menandakan bahawa di mana-mana saja di muka Bumi, bayi yang dilahirkan akan menjadikan penduduk dunia melebihi tujuh bilion.

Sebahagian pakar memberi reaksi terkejut dengan perangkaan itu. Pengerusi Population Matters, Roger Martin, yang berkempen untuk mengawal penduduk, berkata Bumi memasuki fasa baru yang bahaya.

“Planet kita menghadapi masalah dari semua aspek termasuki pertumbuhan penduduk dan perubahan suhu. Planet sebenarnya tidak menampung tujuh bilion penduduk,” katanya.
Bumi mempunyai dua kali ganda penduduk sejak tahun 1960-an, disebabkan kadar kelahiran tinggi di Afrika, Asia dan Amerika Latin.

Sebahagian lagi masih ragu-ragu dengan fakta bahawa penduduk dunia akan mencecah 15 bilion dengan kadar segera. Penulis Population Bomb, Profesor Jack Goldstone, dari Universiti George Mason, berkata beliau yakin pemimpin dunia akan mengambil tindakan tertentu untuk memastikan penduduk dunia dapat dikurangkan.

“Cara mengurangkan bilangan kanak-kanak dalam keluarga tersebar ke seluruh dunia,” katanya sambil menambah 10 hingga 12 bilion penduduk menjelang 2100.

Ramai pakar dasar percaya kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) mempunyai cara mengehad dan mengawal penduduk dunia. Kunci utama, kata mereka ialah memastikan perancangan keluarga yang berkesan disampaikan ke seluruh negara membangun.

“Apa yang amat kritikal ialah komitmen kerajaan. Perancangan keluarga sebenarnya tidak mahal,” kata Naib Presiden Majlis Kependudukan beribu pejabat di New York, John Bongaarts.

Bagaimanapun, aktivis isu perancangan keluarga berdepan faktor budaya dan agama yang menjadikan usaha mendidik wanita dan mengurangkan saiz keluarga sukar. – Agensi