10 pintu syaitan di alam  nyata
Pintu-pintu  tersebut tidak boleh terbuka kecuali jika seseorang mengetahui pintu-pintu tadi.  Syaitan tidak boleh terusir dari pintu tersebut kecuali jika seseorang  mengetahui cara syaitan memasukinya. 
Cara syaitan untuk masuk dan apa saja  pintu-pintu tadi adalah sifat seorang hamba dan jumlahnya amatlah banyak.  
Pada masa ini kami akan menunjukkan pintu-pintu tersebut yang merupakan pintu terbesar yang setan biasa memasukinya. Semoga Allah memberikan kita pemahaman dalam permasalah ini.
Pada masa ini kami akan menunjukkan pintu-pintu tersebut yang merupakan pintu terbesar yang setan biasa memasukinya. Semoga Allah memberikan kita pemahaman dalam permasalah ini.
Pintu pertama:
Ini  adalah pintu terbesar yang akan dimasuki syaitan iaitu hasad (dengki) dan tamak. Jika seseorang begitu  tamak pada sesuatu, ketamakan tersebut akan membutakan, membuat tuli dan  menggelapkan cahaya kebenaran, sehingga orang seperti ini tidak lagi mengenal  jalan baik atau buruk.
Begitu pula jika seseorang memiliki sifat hasad, syaitan akan menghias-hiasi sesuatu seolah-olah menjadi baik sehingga disukai oleh syahwat padahal hal tersebut adalah sesuatu yang mungkar.
Begitu pula jika seseorang memiliki sifat hasad, syaitan akan menghias-hiasi sesuatu seolah-olah menjadi baik sehingga disukai oleh syahwat padahal hal tersebut adalah sesuatu yang mungkar.
Pintu kedua:
Iaitu  marah. Ketahuilah, marah dapat  merosak akal. Jika akal lemah, pada masa itulah tentara syaitan akan melakukan  serangan. Mereka akan mentertawakan manusia jika manusia terbawa amarah. Pada  keadaan kita seperti ini, segeralah berwudhu kerana marah terjadi akibat  hembusan api jahanam, padamkan dengan air wudhu.
Pintu ketiga:
Iaitu sangat suka  menghias-hiasi tempat tinggal, pakaian dan segala perabot yang  ada. Orang seperti ini sungguh akan sangat rugi kerana umurnya  hanya dihabiskan untuk tujuan ini.
Pintu keempat:
Iaitu kenyang  kerana telah makan banyak makanan. Keadaan seperti ini akan  menguatkan syahwat dan melemahkan untuk melakukan ketaatan pada Allah. Kerugian  lainnya akan dia dapatkan nanti di akhirat.
Pintu kelima:
Iaitu tamak pada  orang lain. Jika seseorang memiliki sifat seperti ini, maka dia  akan berlebih-lebihan memuji orang tersebut padahal orang itu tidak memiliki  sifat seperti yang ada pada pujiannya. 
Akhirnya, dia akan mencari muka di hadapannya, tidak mahu memerintahkan orang yang disanjung tadi pada kebajikan dan tidak mahu melarangnya dari kemungkaran.
Akhirnya, dia akan mencari muka di hadapannya, tidak mahu memerintahkan orang yang disanjung tadi pada kebajikan dan tidak mahu melarangnya dari kemungkaran.
Pinta keenam:
Iaitu sifat selalu  tergesa-gesa dan tidak mahu bersabar untuk perlahan-lahan.  Padahal terdapat sebuah hadits dari Anas, di mana Rasulullah shallallahu ‘alaihi  wa sallam bersabda,
“Sifat perlahan-lahan  (sabar) berasal dari Allah. Sedangkan sifat ingin tergesa-gesa itu berasal dari  syaitan.” (Hadits ini diriwayatkan oleh Abu Ya’la dalam musnadnya dan  Baihaqi dalam Sunanul Qubro. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shoghir  mengatakan bahwa hadits ini hasan)
Pintu ketujuh:
Iaitu cinta  harta. Sifat seperti ini akan membuat berusaha mencari harta  bagaimana pun caranya. Sifat ini akan membuat seseorang menjadi bakhil  (kedekut), takut miskin dan tidak mahu melakukan kewajiban yang berkaitan dengan  harta.
Pintu kelapan:
Iaitu mengajak  orang awam supaya ta’ashub (fanatik) pada madzhab atau golongan  tertentu, tidak mahu beramal selain dari yang diajarkan dalam  madzhab atau golongannya.
Pintu kesembilan:
Iaitu mengajak  orang awam untuk memikirkan hakIkat (kaifiyah) dzat dan sifat  Allah yang sukar dicapai oleh akal mereka sehingga menjadikan mereka menjadi  ragu dalam masalah paling penting dalam agama ini iaitu masalah  aqidah.
Pintu kesepuluh:
Iaitu selalu  berburuk sangka terhadap muslim lainnya. Jika seseorang selalu  berburuk sangka (bersu’uzhon) pada muslim lainnya, pasti dia akan selalu  merendahkannya dan selalu merasa lebih baik darinya. 
Seharusnya seorang mukmin selalu mencari udzur dari saudaranya. Berbeza dengan orang munafik yang selalu mencari-cari ‘aib orang lain.
Seharusnya seorang mukmin selalu mencari udzur dari saudaranya. Berbeza dengan orang munafik yang selalu mencari-cari ‘aib orang lain.
Semoga kita dapat mengetahui pintu-pintu ini  dan semoga kita diberi taufik oleh Allah untuk menjauhinya.
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan