Huraian:
Golongan yang dimaksudkan di dalam Hadis ini  ialah orang orang yang  menjadikan agama sebagai alat untuk mendapat habuan dan keuntungan dunia  yang mereka kejar. Mereka rela  menggadaikan agama untuk mengejar kuasa, nama, pangkat, dan harta dunia.  Dan apabila bercanggah  kepentingan dunia dengan hukum syarak mereka berani mengubah hukum Allah  dan  memutarbelitkan kenyataan. Ini lah yang di sebut menghalalkan cara.  Mereka  juga pandai mengemukakan hujah-hujah yang menarik dan alasan alasan yang  memikat  hati, tetapi sebenarnya hujah-hujah dan alasan tersebut hanya  semata-mata timbul  dari kelicikan mereka memutarbelitkan kenyataan. Mereka menipu orang  lain dan  juga menipu diri mereka sendiri.Contohnya pada hari ini kita dapat  melihat ramai  dari kalangan orang orang politik dan ahli ahli perniagaan melakukan  perkara ini.Mereka termasok dalam golongan yang di sebut dalam hadis ini  iaitu  memperalatkan agama untuk “politik gain” dan perniagaan mereka.
Mereka akan dilanda kekusutan pemikiran yang sangat tajam sehingga orang alim  yang banyak pengalaman pun akan kehabisan akal dan buah fikiran. Mereka  menghadapi masalah-masalah yang meruncing dan akan menemui jalan buntu dalam  permasalahan yang dihadapi.
Wallahu'alam.
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan